Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian pembelajaran

Abdullah, Abdul Halim and Mohamed, Mohini (2007) Penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian pembelajaran. In: Isu Kemahiran ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM , Johor, pp. 95-109. ISBN 978-983-52-0520-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Kurikulum matematik sekolah di Malaysia sentiasa mengalami anjakan paradigma iaitu peralihan paradigma daripada satu lingkungan kepada sesuatu yang baru. Perubahan ini difikirkan perlu kerana sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Kurikulum yang diajar di sekolah ini kemudiannya diharapkan akan menghasilkan pelajar yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pada awal tahun 60-an, psikologi behaviorisme telah mempengaruhi kurikulum matematik. Pada zaman tersebut, guru menganggap pelajar sebagai gelas kosong dan mereka berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut (Nik Azis, 1992). Para pelajar terikat kepada cara mengingat semula, menghafal dan membuat latihan secara latih tubi. Kemudian pada awal tahun 70-an, psikologi kognitif mula mempengaruhi kurikulum matematik sekolah menengah. Pendekatan kognitif memberi perhatian khusus berkaitan proses-proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognitif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan sebagainya. Pelajar dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran untuk menggalakkan mereka berfikir. Pada tahun 80-an, kurikulum matematik dibentuk semula dan dikenali sebagai matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Nik Azis, 1992).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13819
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:12 Aug 2011 01:23
Last Modified:12 Aug 2011 01:23

Repository Staff Only: item control page