Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran visualisasi dan kepentingannya dalam pendidikan teknikal dan vokasional

Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Sukri (2007) Kemahiran visualisasi dan kepentingannya dalam pendidikan teknikal dan vokasional. In: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbit UTM, Johor, pp. 59-76. ISBN 978-983-52-0530-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Sejak akhir-akhir ini fokus Malaysia dalam aspek pembangunan negara menuju dan mencapai wawasan 2020 telah melihat pembangunan modal insan sebagai suatu keutamaan. Dalam segala aspek pembangunan, penekanan terhadap perkara ini sering menjadi isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Oleh yang demikian, bidang pendidikan khususnya Pendidikan Teknik dan Vokasional juga tidak terkecuali dalam menzahirkan kehendak dan keperluan negara terhadap insan berkualiti dan bertaraf dunia. Bagi menjanakan insan berkualiti, penekanan terhadap kemahiran berkomunikasi di samping kemahiran khusus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional juga harus diberikan pertimbangan sewajarnya. Hal ini kerana, sebarang bentuk pekerjaan yang melibatkan kumpulan manusia memerlukan mereka berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat, idea dan pendapat antara satu sama lain. Bagi bidang kejuruteraan, juruterajurutera lazimnya lebih banyak berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa grafik berbanding lisan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13545
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:10 Aug 2011 01:23
Last Modified:08 Oct 2017 01:06

Repository Staff Only: item control page