Krishnan, Janarthini and Mohd. Nihra, Haruzuan and Said, Mohamad and Atan, Noor Azean and Hassan, Johari (2007) Faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran UTM. In: E-Pembelajaran: Reka Bentuk dan Pembangunan. Penerbit UTM , Johor, pp. 12-23. ISBN 978-983-52-0539-2
Full text not available from this repository.
Abstract
Dewasa ini, Malaysia telah melaksanakan perkembangan dan perubahan yang cukup dramatik dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam sektor teknologi makulmat dan komunikasi. Pelbagai pelan dan perancangan telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam aspek teknologi maklumat untuk memastikan negara mempunyai daya saing yang berterusan bukan sahaja dalam rantau Asia tetapi juga seluruh dunia untuk menghadapi era globalisasi. Tindakan ini adalah berikutan penubuhan Majlis Tinggi Teknologi Maklumat Nasional (NITC) pada tahun 1994. Setelah melalui pelbagai evolusi, komputer dan telekomunikasi memainkan peranan penting dan telah menjadi satu medium yang cukup penting dalam pembelajaran masa kini. Salah satu kaedah pembelajaran yang sangat popular digunakan oleh pelbagai pihak bagi tujuan pendidikan adalah e-pembelajaran ataupun pembelajaran elektronik.E-pembelajaran merupakan proses iaitu seseorang pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka melalui interaksi elektronik seperti internet dan juga alat elektronik lain.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 13465 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 08 Aug 2011 03:55 |
Last Modified: | 05 Oct 2017 07:19 |
Repository Staff Only: item control page