Sallehuddin, Roselina and Shamsuddin, Siti Mariyam (2001) Kajian Ke Atas Parameter Model Rangkaian Rambatan Balik Untuk Peramalan: Kajian Kes Hasil Pengeluaran Getah. Jurnal Teknologi D (35D). pp. 15-26. ISSN 0127-9696
|
PDF
509kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/35/D/JT35...
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan metodologi dan parameter berkaitan yang perlu diambilkira apabila melibatkan proses peramalan menggunakan teknik rambatan balik. Lazimnya, kejituan peramalan banyak dipengaruhi oleh pemilihan parameter iaitu pemalar pembelajaran (pemalar momentum (b) dan kadar pembelajaran (a)), bilangan nod tersembunyi dan jenis fungsi keaktifan. Ketidaksesuaian nilai parameter dan bilangan nod di aras tersembunyi akan menyebabkan rangkaian memberi jawapan yang mencapah daripada sasaran sebenar. Oleh yang demikian, penulis cuba mengkaji nilai parameter yang bersesuaian, perkaitan yang wujud di antara parameter tersebut serta kesannya terhadap prestasi ramalan model rambatan balik. Parameter yang dicadangkan ini diuji ke atas data pengeluaran hasil getah daripada tahun 1989 sehingga 1998.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Peramalan, Rambatan balik, Parameter Pembelajaran, Momentum, Nod Tersembunyi |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Computer Science and Information System |
ID Code: | 1321 |
Deposited By: | Mohd. Nazir Md. Basri |
Deposited On: | 02 Mar 2007 03:57 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page