Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penukaran data dalam konteks GIS (Geographical Information System)

Abdul Manaf, Azizah and Sulong, Ghazalie (1992) Penukaran data dalam konteks GIS (Geographical Information System). Jurnal Teknnologi, 20 . pp. 65-80. ISSN 2180-3722

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v20.1066

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan kajian literatur mengenai proses awal yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan suatu GIS (Geographical Information System). Dalam pembangunan sistem maklumat geografi (GIS), proses penukaran data (data conversion) merupakan proses awal yang perlu dilalui untuk mencapai kepada tahap pangkalan data geografi yang bermutu tinggi. Proses ini juga biasanya merupakan sebahagian terbesar daripada keseluruhan projek GIS dan secara tidak langsung kos untuk proses tersebut juga adalah yang paling tinggi iaitu dalam lingkungan 60%. Dari segi terminologi pula, terdapat dua aspek proses penukaran dan di dalam kertas kerja ini salah satu aspek yang akan dibincangkan iaitu dari segi persediaan awal berkaitan dengan spesifikasi projek penukaran, spesifikasi data dan spesifikasi pentadbiran harus dilaksanakan sebelum proses penukaran (conversion) dapat dijalankan dengan lancar. Setiap sistem AM/FM pula, memerlukan kepada satu dasar tanah yang tepat, terkini dan selaras dengan tempat data fasiliti dirujuk secara geografik. Dengan lain perkataan, tanpa dasar tanah, sesuatu sistem pemetaan tidak boleh dikatakan sebagai satu GIS. Beberapa teknik perolehan dasar tanah dibincangkan dengan serba ringkas untuk membolehkan perhatian ditumpukan kepada masalah penyediaan dan pembersihan data fasiliti yang akan dirujuk terhadap dasar tanah ini kelak. Pembersihan data fasiliti adalah amat perlu supaya data yang dimasukkan semasa proses penukaran berada dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan masalah semasa penggunaan kelak. Ini juga dapat menjimatkan kos pengguna dalam jangka masa panjang. Mutu maklumat yang akan ditukar juga perlu diambilkira. [Abstract in English] This paper will discuss on a literature study on early stages in the development of a GIS (Geographical Information System). In the development of a GIS, data conversion is the initial process that one has to undergoe in order to achieve a geographic of high quality. This process often constitutes to more than half of the total of a GIS project and indirectly the cost for this process is usually around 60%. In terms of terminology there are two aspects of data conversion in a GIS namely, conversion of analogue/manual geographic data to digital form which involves manual sources such as paper maps, drawings, digital form etc. and conversion from one GIS system to another GIS system of different format. In this paper only the first aspect will be discussed in depth regarding early preparations to be considered in the data conversion and this pertains to project specifications, data specification and administrative specifications. Every GIS requires a current, uniformly accurate landbase to which the facilities data can be geographically referenced. In other words, a computerised mapping system is nota a true GIS if it is not referenced to land base. Techniques on land base acquisition is disscussed in brief to allow the author to express in detail problems concerning the importance of data preparation and purification before the final conversion takes place. Data preparation and purification is viable so as not to input 'garbage' and 'output' garbage as well. Quality control on data to be converted should also be taken into consideration.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Peta, Pangkalan Data, Geografi. Digital, Pengimbas, Pendigit, Cerapan Lapangan, Perantaramuka, terpusat, Teragih, Skedul, Sistem Unjuran, Koordinat, AM/FM (Pemetaan Terotomat/ Fasiliti), Pendigit stereo, Fotogrametri, lmbasan, Raster, Pendigit Stereo, Ortofotografi, Pengurus Grafik, Pembaca Kad Optik, Perantaramuka, Fonetik, PERT/CPM (project Evaluation Revision Technique/ Critical Path Method)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:1302
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:29 Apr 2013 11:58
Last Modified:23 Oct 2017 11:33

Repository Staff Only: item control page