Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan sains dan matematik

RAJAB, AZIZAH and Abdul Rahman, Hamidah and Wan Zakaria, Wan Zarina (2005) Tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan sains dan matematik. Jurnal Kemanusiaan (6). pp. 83-94. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
48kB

Official URL: http://www.academia.edu/2658388/Tahap_Kebimbangan_...

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris memerlukan kemahiran dan strategi pengajaran berkesan menghasilkan pendidikan yang sempurna. Untuk mencapai misi ini, guru mestilah mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi merealisasikan pembelajaran menggunakan bahasa tersebut dalam kedua-dua subjek ini. Kementerian Pelajaran telah dan sedang melaksanakan pelbagai program latihan untuk membantu guru-guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun program yang dirangka menjanjikan satu pencapaian yang baik, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dilihat terutama dari aspek kebimbangan guru itu sendiri terhadap pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kedua-dua subjek tersebut. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kebimbangan di kalangan guru Matematik dan Sains sekolah rendah kebangsaan Tahun Satu terhadap pengajaran subjek tersebut di dalam bahasa Inggeris. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik English Language Anxiety Scale (ELAS) (Horwitz, et.al., 1986) yang melibatkan 75 orang guru Matematik dan Sains dari 18 buah sekolah kebangsaan di sekitar Johor Bahru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1255
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:01 Mar 2007 03:18
Last Modified:14 Mar 2017 04:46

Repository Staff Only: item control page