Ali Khan, Mohd. Noor Azli (2004) Kajian empirikal ke atas pelaporan penyata aliran tunal di Malaysia : satu kajian awal. Jurnal Kemanusiaan (3). pp. 63-72. ISSN 1675-1930
|
PDF
- Published Version
531kB |
Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...
Abstract
Kajian ini adalah satu kajian awal tentang pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia. Teknik persampelan secara rawak digunakan dalam kajian ini dan sebanyak 98 buah syarikat dipilih daripada 513 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sehingga 20 Julai 2001 yang terdiri daripada pelbagai industri. Laporan tahunan sampel syarikat disemak dan digunakan untuk menganalisis praktis yang diamalkan oleh syarikat yang tersenarai di BSKL. Kajian ini turut mengenal pasti kaedah yang biasa digunakan dalam melaporkan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dan amalan pengelasan bagi butiran faedah, dividen, dan cukai pendapatan. Hasil penemuan dalam kajian mendapati bahawa pendedahan dengan menggunakan kaedah tidak langsung adalah kerap digunakan dan seterusnya, bagi amalan pengelasan untuk butiran faedah, dlviden, dan cukai pendapatan pula adalah bergantung kepada sifat dan sumber penerimaan dan pembayaran item-item tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penyata aliran tunai, faedah, dividen, cukai |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 12134 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 09 Mar 2011 08:38 |
Last Modified: | 18 Jul 2012 06:59 |
Repository Staff Only: item control page