Md. Salleh, Shaharuddin and Mohd Taib, Siti Azaria (2011) Pembangunan laman web bagi matapelajaran Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk “Progressions” berdasarkan teori konstruktivisme dan pendekatan penyelesaian masalah. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
75kB |
Abstract
Pencantuman teknologi melalui jaringan komunikasi digital dan teknologi telah membenarkan pelbagai strategi pengajaran dilaksanakan. Seperti perkembangan teknologi dalam bidang lain, pendidikan melalui teknologi telah membuka mata pendidik dalam menyedari kepentingan penggunaannya, serta bagaimana ianyanya boleh diaplikasikan bagi tujuan pendidikan. Projek ini dilaksanakan bertujuan membangunkan laman web Matematik Tambahan Tingkatan Lima bagi tajuk Progressions. Teori pembelajaran konstruktivisme digunakan untuk menyampaikan isi kandungan tajuk kepada pengguna manakala Model pembangunan ADDIE diaplikasikan sebagai panduan bagi proses pembangunan perisian berasaskan laman web ini. Perisian berasaskan laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS 2 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pengguna untuk menambah kefahaman konsep dan kemahiran matematik bagi tajuk Progressions ini dengan baik disamping kebolehan menyelesaikan masalah dalam topik Progressions.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | laman web, Matematik Tambahan, KBSM, Progressions, teori konstruktivisme, pendekatan penyelesaian masalah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 12043 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 18 Feb 2011 02:27 |
Last Modified: | 18 Feb 2011 02:27 |
Repository Staff Only: item control page