Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai.

Md Johan, Othman and Siow, Set Fun (2011) Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
84kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres, tahap kepuasan kerja dan hubungan antara stres dengan kepuasan guru penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai. Seramai 42 orang guru penolong kanan yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai telah menjadi responden bagi tujuan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Set soalan soal selidik ini mengandungi instrumen yang diubahsuai untuk mengukur tahap kepuasan responden. Nilai kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur stress ialah 0.893 sementara index bagi kepuasan kerja adalah 0.839. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows versi 12.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stres dan kepuasan kerja manakala korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara stres dengan kepuasan kerja di kalangan responden. Hasil kajian mendapati tahap stres responden berada pada tahap rendah manakala tahap kepuasan pula berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja di mana nilai korelasi yang diperolehi ialah 0.021.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stress, kepuasan kerja, guru penolong kanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12038
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Feb 2011 01:50
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page