Shariffudin, Rio Sumarni and Mustafar, Nurfaiza (2011) Pembangunan perisian multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
409kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan membentuk dan menilai suatu perisian multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler. Dalam membangunkan perisian ini, teori kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983 telah digunakan. Dalam penyusunan dan penyampaian isi pelajaran, strategi pengajaran lima fasa pengajaran Needham yang diasaskan oleh Richard Needham pada tahun 1987 telah digunakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian pembangun Macromedia Director MX 2004. Dalam merekabentuk pembangunan perisian ini, model rekabentuk instruksi Hannafin dan Peck telah digunakan. Dalam menilai keberkesanan perisian ini, kaedah soal selidik telah digunakan dengan mengambil enam sampel di mana salah satu daripadanya dipilih melakukan penilaian terhadap isi kandungan perisian ini. Dapatan daripada penilaian kajian ini adalah positif terhadap semua aspek yang dinilai iaitu isi kandungan, multimedia dan strategi pengajaran yang digunakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perisisan multimedia, teori kecerdasan Fizik Optik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11985 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Feb 2011 02:31 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page