Md Salleh, Shahruddin and Kamaluddin, Nora Mazmin (2011) Pembangunan laman web dalam tajuk “Fractions” Bagi Mata Pelajaran Matematik KBSM tingkatan satu menggunakan pendekatan konstruktivisme. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
90kB |
Abstract
Perkembangan teknologi ICT pada masa kini telah menyumbang terhadap suatu revolusi maklumat terutamanya peranan web sebagai sumber mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Justeru itu, tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah laman web pendidikan yang bertajuk Fractions Form 1 (Pecahan Tingkatan 1) bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu sebagai bahan bantu mengajar menerusi web. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar Tingkatan 1 khasnya dan guru Matematik amnya. Laman web ini dibina dalam Bahasa Inggeris memandangkan ia digunakan sebagai bahasa pengantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Reka bentuk pengajaran bagi laman web ini dibina berlandaskan kepada model ADDIE (Analysis, Design,Development, Implementation, Evaluation). Isi pelajaran, latihan dan aktiviti dalam perisian ini pula menerapkan prinsip teori konstruktivisme. Perisian ini dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004, AdobePhotoshop CS, dan Sound Forge 6.0. Dengan terbinanya laman web ini diharapkan ianya dapat membantu para pelajar memahami dan menguasai mata pelajaran matematik dengan lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ICT, Fractions, Matematik, laman web, pendekatan konstruktivisme |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11968 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Feb 2011 01:55 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page