Harun, Hafizah and Abdul Rahman, Norashida (2011) Kesan latihan balingan jauh 36 meter (BJ36) dan tahap kebimbangan terhadap tahap konsisten balingan jauh bagi atlet wanita boling padang. unpublished . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
51kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan latihan Balingan Jauh 36m (BJ36) dan tahap kebimbangan Sport Competition Anxiety Test (SCAT) terhadap tahap konsisten balingan jauh bagi atlet wanita boling padang. Lima orang subjek (n=5) dipilih dikalangan atlet wanita boling padang. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A iaitu tanpa latihan bebanan (n=2), kumpulan B iaitu dalam latihan bebanan (n=2) dan kumpulan C iaitu kawalan (n=1). Dapatan kajian dinilai melalui borang skor pengujian 40 balingan jauh dan soal selidik (SCAT). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan A, dan B dalam ujian 40 balingan jauh. Walaupun analisa data menunjukkan tiada perubahan balingan yang signifikan tetapi terdapat peningkatan balingan bagi kumpulan A (53.85%), kumpulan B (42.86%) dan kumpulan C (28.57%). Bagi ujian SCAT, kesemua kumpulan dapat menurunkan tahap kebimbangan daripada tahap tertinggi semasa ujian pra kepada tahap sederhana tinggi semasa ujian pos. Kesimpulannya, dengan latihan seseorang atlet dapat mengurangkan kesalahan dalam kemahiran membaling bola dan meningkatkan ketepatan balingan secara konsisten.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kesan latihan, balingan jauh (BJ36), tahap kebimbangan, tahap konsisten, atlet wanita |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11966 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Feb 2011 01:50 |
Last Modified: | 10 Feb 2011 01:50 |
Repository Staff Only: item control page