Yasin, M. Al-Muz-Zammil and Ahmad, Noraini Hayati (2011) Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan motivasi guru: kajian di sekolah-sekolah kebangsaan zon Tangkak, Ledang. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
116kB |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru di sebelas buah sekolah kebangsaan zon Tangkak Ledang. Responden terdiri daripada 159 orang guru yang mengajar di SK. Bandar Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil Kampong, SK. Payamas, SK. Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri Ma’amor, SK. Pengkalan Besar dan SK. Bekoh. Data dikumpulkan menggunakan instrumen borang soal-selidik yang mengandungi 24 item. Prosedur analisis data kajian melibatkan pengiraan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistic Packages for Social Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi penyertaan paling banyak diamalkan oleh Guru Besar di sekolah dan min yang diperolehi ialah sebanyak 4.39 (tahap tinggi), sementara gaya komunikasi konsultasi paling kurang diamalkan iaitu memperolehi min sebanyak 3.99 tetapi masih ditahap tinggi. Analisis data bagi gaya komunikasi memberitahu memperolehi min sebanyak 4.16 (tahap tinggi) dan gaya komunikasi memujuk memperolehi min 4.13 (tahap tinggi). Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru di sekolah. Nilai korelasi Pearson yang diperolehi bagi gaya komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru ialah 0.247, 0.247, 0.215 dan 0.270. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menepati objektif dan menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | gaya komunikasi, guru besar, motivasi guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11964 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Feb 2011 01:45 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page