Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul pembelajaran kendiri (MPK) subjek information and communication technology (ICT) tingkatan 4

Hassan, Johari and Masrom, Noor Asmalinda (2011) Modul pembelajaran kendiri (MPK) subjek information and communication technology (ICT) tingkatan 4. Unspecified . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
328kB

Abstract

Dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, sebuah modul ICT tingkatan empat telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ianya merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang selari dengan strategi pembelajaran SeDAAP yang disarankan KPM. Modul yang dihasilkan berdasarkan teori konstruktivisme ini adalah bertujuan supaya pelajar dapat membina sendiri pengetahuan dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Modul ini mengandungi tiga bab yang merangkumi bidang pembelajaran bagi tingkatan empat iaitu Information and Communication Technology and Society, Computer Systems dan Computer Networks and Communications. Modul ini adalah modul bertulis bersaiz B5 yang dijilidkan mengikut bab. Isi pelajaran yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak disampaikan secara terus, sebaliknya pelajar perlu melakukan pencarian maklumat bagi mendapatkan isi kandungan bagi setiap topik. Aktiviti disediakan dalam setiap bab bagi menilai kefahaman pelajar. Satu analisis telah dijalankan ke atas 20 responden yang terdiri daripada pelajar yang akan mengajar subjek ICT di sekolah dan seorang pakar untuk menilai isi kandungan modul ini.. Kajian ini mendapati bahawa pelajar dan pakar bersetuju mengatakan bahawa modul ini menepati silibus yang digariskan oleh KPM dan penggunaan modul pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dan ianya amat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pakar menunjukkan modul yang dihasilkan cukup baik dari segi kandungan, cara penyampaian dan reka bentuk. Walau bagaimanapun, modul ini masih boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan modulnya lebih berkualiti. Diharap dengan adanya modul pembelajaran ICT ini, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.

Item Type:Article
Divisions:Education
ID Code:11949
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2017 01:48
Last Modified:11 Sep 2017 01:48

Repository Staff Only: item control page