Yeo, Kee Jiar and Heng, Guay Looe (2011) Hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (homework) Bahasa Melayu dengan pencapaian di sekolah rendah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-12. (Unpublished)
|
PDF
100kB |
Abstract
Kerja rumah merupakan suatu amalan biasa dalam kehidupan harian pelajarpelajar sekolah di Malaysia. Kerja rumah dipercayai memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu masa yang diperuntukan bagi menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah telah dikaji. Seramai 90 orang pelajar tahun lima dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kluang telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian diperoleh melalui soal selidik. Semua data dianalisis dengan Statistical Package for Social Science (SPSS). Analisis deskriptif (frekuensi dan peratus)dan inferensi (Spearman’s rho dan Pearson Correlation Coefficient) digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa, kerja rumah jenis persediaan dan peluasan pengetahuan, cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara jenis kerja rumah latihan dan cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah disempurnakan) dengan pencapaian. Secara umum, keberkesanan kerja rumah terhadap prestasi pencapaian pelajar di sekolah rendah adalah kecil. Dapatan kajian ini mencadangkan supaya guru memberi pelajar kerja rumah dalam bentuk latihan pengukuhan dan pelajar diberi komen serta maklum balas terhadap prestasi mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | peruntukan masa, jenis, cara pengelolaan, guru, kerja rumah, Bahasa Melayu |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11906 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 27 Jan 2011 03:19 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page