Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar teknikal semasa menjalani latihan mengajar

Abdul Latif, Adibah and Ramli, Syarina (2011) Tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar teknikal semasa menjalani latihan mengajar. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar (SPA, SPE, SPJ) semasa Latihan Mengajar. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pembacaan, penulisan dan pertuturan. Seramai 95 orang (N=95) pelajar tahun tiga dan tahun empat iaitu SPA, SPE dan SPJ yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh tiga orang pensyarah yang pakar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Pendidikan Asas dan Jabatan Bahasa Moden berdasarkan prinsip kesahan gagasan. Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item soal selidik. Statistik deskriptif dan kolerasi digunakan untuk menganalisis data. Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen ialah 0.881. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 16.0 (SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan (min = 3.43), penulisan (min = 3.57), dan pertuturan (min = 3.52) berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan pada aras signifikan 0.05. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar bagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan. Bagi ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan, penulisan dan pertuturan merentasi jantina bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penguasaan Bahasa Inggeris, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11899
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:31
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page