Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) program kemahiran hidup dalam pembelajaran teori dan amali

Sulaiman, Seth and Tengku Musa, Tengku Maizura (2011) Tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) program kemahiran hidup dalam pembelajaran teori dan amali. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) Program Kemahiran Hidup dalam pembelajaran teori dan amali. Kajian ini dikhususkan berdasarkan kepada tiga bidang yang dipilih iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian yang terdiri daripada 20 kursus yang terlibat dengan pembelajaran secara teori dan amali. Seramai 70 orang pelajar tahun akhir SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) for Windows Release 15.0 bagi mendapatkan min dan peratus data. Ujian T (Paired Sample T-Test) turut digunakan untuk melihat perbezaan antara pembelajaran teori dengan amali. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori dan amali pada keseluruhannya mencapai tahap tertinggi iaitu “faham”. Ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kefahaman pelajar dalam bidang Kemahiran Teknikal dan Pertanian melalui pembelajaran teori dan amali di mana pembelajaran amali lebih difahami. Namun bagi bidang Ekonomi Rumah Tangga tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kefahaman pelajar melalui kaedah pembelajaran teori dan amali (?=0.05). Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang dirasakan sesuai kepada pihak-pihak tertentu agar mutu pengajaran dan pembelajaran dalam SPH dapat dipertingkatkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kefahaman pelajar, program kemahiran hidup, pembelajaran teori dan Amali
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11898
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:29
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page