Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Abdullah, Sity Noorfatimah (2011) Tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
187kB

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang memerlukan pelajar bekerjasama semasa belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan masalah-masalah guru-guru Program Khas Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains. Sebanyak 24 orang guru Program Khas Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan telah dijadikan sampel. Soal selidik tahap keyakinan digunakan sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 dan dinyatakan dalam bentuk min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan responden berada pada tahap sederhana (min 3.38). Terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan pembelajaran koperatif, antaranya kekangan masa, kegagalan pelajar yang lemah untuk menguasai sesi perbincangan di dalam kumpulan dan pengawalan kelas. Beberapa cadangan untuk meningkatkan keyakinan melaksanakan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru perlu dijalankan antaranya guru-guru mestilah sentiasa mempraktikkan teknik pembelajaran koperatif semasa sesi pengajaran mereka, beban tugas guru yang tidak berkaitan dengan akademik wajarlah dikurangkan agar guru mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan waktu pengajaran guru perlu dipanjangkan lagi agar pembelajaran secara koperatif dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keyakinan guru, PKPG, kaedah koperatif, pengajaran dan pembelajaran, Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11890
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Jan 2011 08:09
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page