Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi bakal guru tentang tahap kemahiran komunikasi berkesan dalam kalangan pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti Pendidikan UTM

Nordin, Aziz and Che Ali Mohamed, Siti Sumaziana (2011) Persepsi bakal guru tentang tahap kemahiran komunikasi berkesan dalam kalangan pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap kemahiran komunikasi berkesan yang meliputi kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menggunakan istilah saintifik. Soal selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai persepsi pelajar terhadap kemahiran komunikasi berkesan. Seramai 140 orang responden terlibat dalam kajian ini. Ia diambil secara sampel daripada populasi yang merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan terhadap pelajar kursus tahun akhir Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah 0.9391. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa persepsi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap kemahiran komunikasi berkesan adalah sangat positif dan pada tahap yang tinggi. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahankelemahan yang telah dikenalpasti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi bakal guru, kemahiran komunikasi berkesan, Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11889
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Jan 2011 08:02
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page