Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Latihan dan Prestasi Kerja Dalam Menggunakan Automasi Industri

Wan Ismail, Wan Khairuzzaman and Fitri Yani, Neng Sri Novi (2005) Latihan dan Prestasi Kerja Dalam Menggunakan Automasi Industri. Jurnal Kemanusiaan (5). pp. 1-10. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
982kB

Abstract

Persoalan tentang automasi bukan lagi berkisar sekitar kemampuan syarikat pembuatan melaksanakan pengeluaran dengan automasi tetapi sejauh mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan produk yang berkualiti melalui tahap kecekapan optimum. justeru itu penggunaan automasi memerlukan lebih ramai pekerja pengeluaran yang terlatih untuk meningkatkan daya saing industri di pasaran. Bagi memenuhi keperluan ini, latihan perlu dikukuhkan dan dijalankan secara sistematik. Latihan membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih cekap, meningkatkan prestasi kerja individu dan seterusnya memberi kesan positif kepada prestasi syarikat. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan mengenai hubungan latihan dalam menggunakan automasi industri dengan prestasi kerja. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diberikan kepada operator dan penyelia di syarikat pembuatan simen di Indonesia. Hasil analisis data menunjukkan tidak terdapat hubungan positif antara latihan dengan prestasi kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti prestasi kerja operator berada di tahap sederhana manakala keberkasnanan dan tahap latihan dalam menggunakan automasi industri secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1175
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:28 Feb 2007 08:15
Last Modified:08 Oct 2017 01:42

Repository Staff Only: item control page