Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Mohd Amin , Nor Fadila and Ispawi, Dzufi Iszura (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan Teknikal dan Vokasional. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya di kalangan pelajar teknikal dan vokasional. Kajian berbentuk deskriptif ini mengfokus kepada tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan iaitu faktor disiplin, dorongan dan juga keinginan. Responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar perdana tahun akhir Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang mengandungi 25 item yang menggunakan maklum balas skala Likert. Data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya di kalangan pelajar adalah disiplin, diikuti dengan faktor dorongan dan seterusnya faktor keinginan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pemilihan bidang keusahawanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11731
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jan 2011 01:02
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page