Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Latihan Rectus Abdominis Yang Sesuai Untuk Atlet Hoki Wanita Negeri

Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Ismail, Norhafizah (2010) Latihan Rectus Abdominis Yang Sesuai Untuk Atlet Hoki Wanita Negeri. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
210kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/49910769_...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kontraksi otot rectus abdominis semasa membongkokkan badan bagi kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki dengan latihan bangkit tubi, crunches dan curl-up. Subjek terdiri daripada empat orang atlet hoki wanita negeri yang akan bertanding pada SUKMA 2008 di Terengganu yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun dan masing-masing mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian dijalankan dengan melakukan empat jenis aktiviti iaitu lakuan membongkokkan badan seperti kemahiran menggelecek/membawa bola dalam permainan hoki, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Aktiviti otot rectus abdominis subjek diukur dengan menggunakan Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography). Data mentah dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti bangkit tubi bagi quadrant 1 dan dengan curl-up bagi quadrant 3 dan menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti crunches kedua-dua quadrant 1 dan 3, curl-up bagi quadrant 1 dan bangkit tubi bagi quadrant 3. Oleh yang demikian, hipotesis nol ditolak yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Secara kesimpulannya, lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki sesuai dengan latihan bangkit tubi bagi quadrant 1 dan latihan crunches pula sesuai bagi quadrant 3.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perbezaan kontraksi otot rectus Abdominis, kemahiran menggelecek/ membawa Bola, permainan hoki
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11679
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 04:34
Last Modified:26 Feb 2017 03:20

Repository Staff Only: item control page