Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Pengajaran Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu Mengikut Aras Kognitif Bloom

Sidek , Rosni Zamuddin Shah and Abdullah, Rohayah (2010) Amalan Pengajaran Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu Mengikut Aras Kognitif Bloom. Amalan Pengajaran Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu Mengikut Aras Kognitif Bloom . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Amalan pengajaran yang dikaji adalah mengikut keutamaan aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah amalan pengajaran guru-guru teknikal berasaskan Teori Taksonomi Bloom. Sementara pembolehubah bebas yang dikenalpasti adalah aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi . Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 21 orang guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan perbandingan kekerapan dan peratusan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 14. Dapatan kajian menunjukkan guru teknikal menggunakan kesemua aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan tinggi . Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalam pengajaran, guru teknikal, aras kognitif Bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11606
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 02:03
Last Modified:23 Dec 2010 02:03

Repository Staff Only: item control page