Salamon , Husin and Abdul Wahab, Nurul Nadia (2010) Penglibatan Pelajar Sebagai Ejen Multi Level Marketing: Kajian Terhadap Pelajar SPI. Penglibatan Pelajar Sebagai Ejen Multi Level Marketing: Kajian Terhadap Pelajar SPI . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
59kB |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI sebagai ejen Multi Level Marketing. Sampel kajian adalah seramai 40 orang yang diambil daripada 180 orang populasi. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B manakala respon dinilai berdasarkan lima Skala Likert. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “ Statistical Package For The Social sciences” (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.665. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam perniagaan MLM berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51. Manakala cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar dengan nilai min 2.83 berada di tahap sederhana dan langkah-langkah untuk mengimbangi dunia pelajaran dengan dunia perniagaan di tahap tinggi iaitu nilai min 3.92. Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah kewangan pelajar dan langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidik masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penglibatan pelajar, ejen Multi-Level Marketing |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11597 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 22 Dec 2010 09:32 |
Last Modified: | 22 Dec 2010 09:32 |
Repository Staff Only: item control page