Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur

Minghat , Asnul Dahar and Salimi, Nurul Faizah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
112kB

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bengkel di sekolah-sekolah menengah teknik yang dinaik taraf di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor pengetahuan dalam pengurusan bengkel, kemahiran dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel, beban tugas serta penglibatan organisasi dan pengurusan sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 88 orang guru bengkel di Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh, Sekolah Menengah Teknik Klang, Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Sekolah Menengah Teknik Kajang dan Sekolah Menengah Teknik Setapak. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor pengetahuan dalam pengurusan bengkel (min = 2.81), kemahiran dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel (min = 2.77), beban tugas (min = 2.63) serta penglibatan organisasi dan pentadbiran sekolah (min = 2.81) kesemuanya berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pengurusan bengkel
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11593
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Dec 2010 09:26
Last Modified:11 Feb 2017 04:36

Repository Staff Only: item control page