Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan

Hassan, Johari and Md Yasin, Zaliza (2010) Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34kB

Official URL: http://docplayer.net/34127130-Penggunaan-komputer-...

Abstract

Pendidikan masa kini mengalami perubahan yang mendadak dan berubah ke arah pembentukanmasyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembanganteknologi maklumat. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan visitesebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan komputer di kalangan guruguru,mengenal pasti sejauh mana guru menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran dan mengenal pasti masalah penggunaan komputer. Sampel kajian terdiri daripada 98 orangguru yang dipilih secara rawak dari empat buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Data diperolehimelalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package ForSocial Sciences ) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer responden masihrendah berpunca daripada kekurangan kemudahan komputer dan pengetahuan tentang komputer. Kajianjuga mendapati bahawa kekangan utama penggunaan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran adalah komputer sekolah sering diserang virus, bilangan komputer adalah tidak mencukupidi sekolah, komputer dan mesin cetak di sekolah selalu rosak, sekolah kurang menganjurkan kursusdalaman berkaitan computer dan tiadanya kemudahan LCD di dalam kelas. Oleh itu dicadangkan pihakKementerian Pelajaran Malaysia lebih proaktif dalam membekalkan komputer di sekolah danmendedahkan guru yang sedang berkhidmat dengan latihan berasaskan komputer untuk menanganicabaran era siber pendidikan di Sekolah Bestari nanti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perkembangan teknologi maklumat, computer
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11567
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 21:49
Last Modified:22 Feb 2017 11:43

Repository Staff Only: item control page