Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan E-Kamus Bagi Javascript Berdasarkan Rekabentuk Teori Beban Kognitif

Atan, Noor Azean and Jamaludin, Yakub (2010) Pembangunan E-Kamus Bagi Javascript Berdasarkan Rekabentuk Teori Beban Kognitif. Pembangunan E-Kamus Bagi Javascript Berdasarkan Rekabentuk Teori Beban Kognitif . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
165kB

Abstract

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di arena global berkembang dengan pesat pada masa kini begitu juga di negara kita Malaysia. Dengan kadar penggunaan Internet yang semakin meningkat, maka penghasilan e-Kamus ini bersesuaian terutama kepada pelajar yang mencari makna dan penggunaan sesuatu istilah berkenaan JavaScript. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan pelajar dan memerlukan masa yang panjang. Kini ramai pelajar lebih berminat untuk memilih Internet sebagai rujukan utama. Justeru itu, pembangun mengambil inisiatif membangunkan laman web e-Kamus ini yang melibatkan istilah-istilah dalam JavaScript dan penerangannya menggunakan Bahasa Melayu. Proses penghasilan e-Kamus ini adalah berdasarkan rekabentuk Teori Beban Kognitif iaitu menekankan teks yang minimum, maklumat yang tidak berulang serta paparan arahan hendaklah mengikut konteks di mana arahan atau ikon berada. Model pembangunan laman web ini adalah mengikut model lima fasa Air Terjun manakala perisian Macromedia Dreamweaver 8 berfungsi sebagai perisian platformnya. Diharapkan e-Kamus ini dapat membantu dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap istilah JavaScript dan mudah diakses pada bila-bila masa selain mengurangkan beban kognitif pelajar semasa melayari laman web e-Kamus ini. Katakunci: teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-Kamus

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-Kamus
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11565
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 13:41
Last Modified:21 Dec 2010 13:41

Repository Staff Only: item control page