Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi Di Kalangan Pelajar Kimia Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Nordin, Aziz and Azman , Nurulhamizah and Ibrahim, Nor Hasniza (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi Di Kalangan Pelajar Kimia Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi Di Kalangan Pelajar Kimia Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106kB

Abstract

Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi. Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai lapan puluh sembilan orang bakal guru daripada setiap tahun pengajian diuji bagi menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah α=0.87. Data mentah yang diperolehi, diproses untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Selain itu, ujian-t juga digunakan untuk melihat perbezaan tahap penguasaan kemahiran yang diuji bagi dua kursus pendidikan kimia yang dikaji. Dapatan kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis berada di tahap baik sementara Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi berada di tahap yang sederhana sahaja. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang signifikan bagi pelajar tahun akhir pendidikan kimia yang diuji.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penguasaan kemahiran, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi, pelajar kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11563
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 07:19
Last Modified:08 Jun 2017 08:20

Repository Staff Only: item control page