Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Boon, Yusof and Salamat, Mohd Sahlan (2010) Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia. Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
61kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca. Katakunci: budaya membaca, Program Khas Pensiswazahan Guru

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:budaya membaca, Program Khas Pensiswazahan Guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11547
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:27
Last Modified:20 Dec 2010 09:27

Repository Staff Only: item control page