Mohd. Noor, Norani and Mohamad Shahi, Norshahima (2010) Penerapan Kemahiran Generik Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (PTK) Tahun Empat Di UTM Semasa Latihan Industri. Penerapan Kemahiran Generik Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (PTK) Tahun Empat Di UTM Semasa Latihan Industri . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
68kB |
Abstract
Kemahiran generik adalah penting untuk menyiapkan diri pelajar ke dunia pekerjaan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penerapan kemahiran generik bagi pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) semasa Latihan Industri. Kemahiran generik yang dikaji adalah berdasarkan tujuh Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan proaktif serta etika dan integriti. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 69 orang pelajar Perdana (PTK) dalam jurusan Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal) tahun empat di UTM dipilih sebagai sampel. Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang pelajar dan nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.9. Data-data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Sosial Science, Version 13.0 for Windows) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden menyedari bahawa kemahiran generik seperti kemahiran kerja berpasukan adalah penting bagi mereka serta telah menerapkannya melalui kaedah-kaedah seperti menyelesaikan masalah berdasarkan kesilapan terdahulu dan berbincang dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini mencadangkan supaya pelajar PTK menimba pengalaman tanpa melihat kepada ganjaran dan mencari penempatan Latihan Industri yang dapat memberikan mereka pengalaman bekerja yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pelajar mereka di masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran generic pelajar, latihan industry |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11543 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Dec 2010 09:17 |
Last Modified: | 27 Feb 2017 08:35 |
Repository Staff Only: item control page