Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita

Mohd. Yusof, Farahwahida and Nordin, Nur Raihan (2010) Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita. Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
99kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui Pandangan Gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita. Objektif kajian ini juga mengemukakan sejarah perkembangan gerakan Islam Liberal, mengkaji pandangan gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita dan mengetahui pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal. Di antara metodologi yang digunakan untuk mendapakan data bagi kajian ilmiah ini ialah Metode Penentuan Subjek, Metode Pengumpulan Data serta Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Islam Liberal berfungsi untuk membebaskan pemikiran umat Islam yang kononnya kolot dan jumud kepada pemikiran yang lebih moden bersesuaian dengan peningkatan intelektual masyarakat Islam masa kini. Dari aspek luaran, aliran ini seolah-olah memperjuangkan apa yang dituntut oleh syariat Islam, namun pada hakikatnya mereka begitu lantang mempertikai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Mereka juga menjadikan golongan wanita antara sasaran utama dengan menyebarkan isu-isu kontroversi berkenaan wanita dalam dalam usaha meraih pengaruh dari kaum hawa. Jadi dapatan kajian ini telah mengemukakan garis panduan serta hukum-hukum syarak berkaitan dengan isu-isu yang dikontroversikan oleh gerakan ini terhadap wanita berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah serta pandangan ulama dan intelektual Islam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gerakan Islam Liberal, hak asasi wanita
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11541
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:12
Last Modified:03 Mar 2017 04:29

Repository Staff Only: item control page