Zainuddin, Zainal Abidin and Mohd, Mohd Redzuan (2010) Perbandingan Kapasiti Anaerobik Antara Pemain Futsal Dan Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia Dengan Menggunakan Ujian Wingate. Perbandingan Kapasiti Anaerobik Antara Pemain Futsal Dan Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia Dengan Menggunakan Ujian Wingate . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
35kB |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik antara pemain futsal dan pemain bola sepak dengan menggunakan Ujian Wingate. Subjek terdiri daripada lima orang pemain futsal dan lima orang pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 26 tahun dan mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian Wingate dilakukan dengan menggunakan basikal ergometer dengan menetapkan rintangan berpandukan berat badan serta kayuhan dengan kelajuan maksima selama 30 saat. Data mentah yang diperolehi akan dikira dengan empat langkah formula iaitu Peak Power Output (PP), Relative Peak Power (RPP), Anaerobic Fatigue (AF) dan Anaerobic Capacity (AC). Data mentah juga dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian p < 0.05. Secara kesimpulannya, kapasiti anaerobik pemain futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap yang sama. Katakunci: kapasiti anaerobik, pemain futsal, pemain bola sepak, Ujian Wingate
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kapasiti anaerobik, pemain futsal, pemain bola sepak, Ujian Wingate |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11519 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 17 Dec 2010 13:29 |
Last Modified: | 17 Dec 2010 13:29 |
Repository Staff Only: item control page