Md Salleh, Shaharuddin and Kamal, Nur Zawani (2010) Pembangunan Modul Bagi Tajuk ‘Panduan Menggunakan Teks Pada Paparan Elektronik’. Pembangunan Modul Bagi Tajuk ‘Panduan Menggunakan Teks Pada Paparan Elektronik’ . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
36kB |
Abstract
Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung didalam modul. Jesteru itu, projek telah dijalankan bagi menghasilkan sebuah modul bagi tajuk “Panduan Menggunakan Teks pada Paparan Elektronik”. Tujuan utama menghasilkan modul ini ialah untuk membantu pembangun bahan multimedia dalam menggunakan teks dalam persembahan elektronik seperti aplikasi multimedia dan web. Modul dihasilkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman pengguna dan menggunakan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan typografy ini terbahagi kepada 3 bab dan setiap bab mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, latihan dan aktiviti yang dilengkapi dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian formatif dijalankan sepanjang penghasilan modul ini oleh penyelia projek. Manakala penilaian sumatif telah dijalankan oleh dua orang pakar dan juga oleh beberapa orang pelajar Fakulti Pendidikan secara tidak formal. Penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan mengenai reka bentuk dan kandungan modul. Modul yang dihasilkan ini diharap dapat menambahkan pengetahuan pengguna berkenaan teks pada persembahan elektronik dengan lebih baik. Katakunci: modul, bahan pembelajaran
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | modul, bahan pembelajaran |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11517 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 17 Dec 2010 12:54 |
Last Modified: | 17 Dec 2010 12:54 |
Repository Staff Only: item control page