Buntat , Yahya and Saini, Norainiza (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Kelas Di Kalangan Pelajar Di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Kelas Di Kalangan Pelajar Di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
45kB |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana. Kajian dijalankan dengan mengedarkan set soalan kepada para responden yang mengandungi 30 item soalan. Sebanyak 70 sampel daripada tiga jurusan di KKBN, Pontian telah menjadi responden bagi kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach dengan nilai sebanyak 0.940. Analisis diperolehi dari statistik deskriptif dengan mendapatkan peratusan dan kekerapan yang dibuat dengan menggunakan Statistic Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Keputusan menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi masalah ponteng kelas di pusat kemahiran ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat bagi mengatasi masalah ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | faktor, masalah ponteng kelas |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11471 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Dec 2010 07:03 |
Last Modified: | 16 Dec 2010 07:03 |
Repository Staff Only: item control page