Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ Berdasarkan Reka Bentuk Teori Beban Kognitif

Atan, Noor Azean and Zakaria, Mohd Sham (2010) Pembangunan Laman Web Bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ Berdasarkan Reka Bentuk Teori Beban Kognitif. Pembangunan Laman Web Bagi Bahasa Pengaturcaraan C++ Berdasarkan Reka Bentuk Teori Beban Kognitif . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
151kB

Abstract

Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran kini adalah relevan. Keadaan masyarakat kini yang banyak terlibat dengan penggunaan komputer amnya dan internet khususnya, menjadikan pembelajaran melalui laman-laman web amat tinggi permintaannya. Justeru itu, penyelidik mengambil inisiatif membangunkan sebuah laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ berdasarkan reka bentuk Teori Beban Kognitif bagi memenuhi permintaan itu. Disamping itu, laman web ini juga mengimplementasikan elemen-elemen multimedia supaya lebih berkesan dan menarik. Teori Beban Kognitif dipilih berdasarkan ciri-cirinya iaitu paparan arahan berdasarkan ikon, penggunaan teks yang minima, tiada pengulangan maklumat, teks dan imej dalam helaian yang sama dan aktiviti berasaskan projek. Ia mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran berasaskan web. Pembangunan laman web ini dijalankan berdasarkan model pembangunan ‘Air Terjun’ yang mengetengahkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi, fasa integrasi dan fasa penyelenggaraan yang ternyata dapat melancarkan proses pembangunan laman web ini. Laman web ini diharapkan dapat menyediakan pelajar dengan proses pembelajaran yang membolehkan mereka mengingati dan memahami kandungan pembelajaran bagi tajuk-tajuk dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ ini dan dapat melatih kemahiran mereka dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis. Latihan yang disediakan juga diharap dapat mempertingkatkan kefahaman mereka berdasarkan teori yang dipelajari.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, Bahasa Pengaturcaraan C++, Teori Beban Kognitif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11394
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 14:26
Last Modified:28 Sep 2017 07:17

Repository Staff Only: item control page