Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Abd. Manan, Mariana (2010) Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
104kB

Abstract

Tahap ketangkasan perlu dititikberatkan dalam sukan tinju kerana ianya merupakan aspek penting dalam sukan ini. Peninju perlu mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi untuk bergerak dan menukar arah pergerakan dengan kadar yang cepat dan pantas sama ada ketika melakukan serangan ataupun mengelakkan diri dari pihak lawan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap ketangkasan di kalangan atlet tinju Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Johor 2008 sebelum dan selepas menjalani program latihan khas yang disediakan oleh jurulatih selama empat minggu. Seramai sembilan orang atlet tinju SUKMA Johor 2008 berumur antara 16 hingga 20 tahun telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Ujian yang digunakan adalah Ujian Larian Boomerang mengikut norma Gates and Sheffield (1940) dimana subjek dikehendaki berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. Terdapat dua kali ujian iaitu ujian pra dan ujian pos dan setiap ujian terdapat dua kali percubaan. Kebolehpercayaan ujian ini dalam menguji ketangkasan adalah r = 0.93. Data yang diperolehi dibandingkan menggunakan ujian t pada aras signifikan p < 0.05 melalui Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14.0. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian yang dijalankan iaitu nilai t ialah 12.390, nilai p = 0.00 dan ini menunjukkan hipotesis null ditolak. Kesimpulan secara umum program latihan yang dijalankan adalah secara intensif dan selama empat minggu ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap ketangkasan atlet.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Tahap ketangkasan, sukan tinju
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11393
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 22:22
Last Modified:26 Feb 2017 10:59

Repository Staff Only: item control page