Atan, Noor Azean and Khoo, Vee Lynn (2010) Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
89kB |
Abstract
Guru perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan kemahiran insaniah yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari. Kemahiran insaniah adalah penting supaya guru pelatih boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan tempat kerja. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesedaran dan tahap guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) terhadap tujuh atribut kemahiran insaniah yang diterapkan dalam Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, penyelidik mengenalpasti hubungan antara subjek Sains Komputer serta perbezaan signifikan antara ketiga-tiga kumpulan guru pelatih terhadap penerapan kemahiran insaniah. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan UTM diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dikaji dengan menggunakan SPSS 11.5 for Windows. Hasil kajian ini mendapati kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah yang paling banyak diterapkan dalam peningkatan kemahiran insaniah guru pelatih UTM dan seramai 86.7% guru pelatih bersetuju bahawa subjek Teknologi Grafik, Animasi dan Video dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Kajian ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh IPT dalam menerapkan kemahiran generik dan kemahiran IT yang relevan di fakulti masing-masing.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran insaniah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11357 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Dec 2010 14:40 |
Last Modified: | 28 Sep 2017 04:34 |
Repository Staff Only: item control page