Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin Di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru

Abu Bakar , Zainudin and Tawil, Jani (2010) Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin Di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru. Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin Di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
39kB

Abstract

Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-guru mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap dipertikaikan oleh ibu bapa. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di SMK Ulu Tiram, Johor. Terdapat dua objektif utama kajian ini iaitu mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dari segi disiplin dan juga salah laku berat. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik untuk memperolehi data yang dikehendaki dalam kajian ini dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) for Windows versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Seramai 94 responden yang terdiri daripada ibu bapa pelajar telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dari segi disiplin dan salah laku berat berada pada tahap sederhana. Ini bermakna hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan masih lagi sesuai dilaksanakan di sekolah tetapi ia perlulah dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi ibu bapa, hukuman merotan, kesalahan disiplin pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11339
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:26
Last Modified:10 Dec 2010 01:26

Repository Staff Only: item control page