Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) Basic Autocad 2007 (2D) bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan berbantu komputer

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Anoar, Azreen (2010) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) Basic Autocad 2007 (2D) bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan berbantu komputer. Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) Basic Autocad 2007 (2D) Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
66kB

Abstract

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer (SPE 2112) atau turut dikenali sebagai AutoCAD yang tersenarai dalam Pakej Sains Tulen-Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia, UTM bermatlamat untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara grafik. Oleh kerana AutoCAD memerlukan pembentukan konsep yang tepat, maka perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk “Basic AutoCAD 2007 (2D)” yang dibangunkan ini akan memberi kesan positif terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pembangunan perisian ini menggabungkan kesemua elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio supaya perisian ini lebih menarik dan interaktif. Ia juga mesra pengguna dan efektif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Perisian yang dibangunkan menggunakan Adobe Flash, SWF & FLV Toolbox 3.5, Adobe Photoshop dan Soundforge 7.0 ini disiapkan dalam bentuk pakej cakera padat (CD). Diharapkan perisian ini dapat memberikan pembelajaran seumur hidup dan meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar dengan perkembangan teknologi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:AutoCAD
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11330
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 14:30
Last Modified:08 Jun 2012 01:41

Repository Staff Only: item control page