Mohamed , Mohini and Mohammad, Fatmahanim (2010) Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia. Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
123kB |
Abstract
Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 137 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat dari program SPM dan SPN terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process dan product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai, α = 0.86. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan lazim bagi setiap item. Nilai bagi setiap aspek yang dinilai adalah: program (M=3.87, SL=0.79), kandungan pelajaran (M=3.77, SL=0.79) dan kepuasan pelajar (M=3.76, SL=0.76) berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali bagi aspek pengajaran dan pembelajaran (M=3.67, SL=0.88) yang berada pada tahap kurang memuaskan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia lebih memuaskan pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penilaian kokurikulum |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11314 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 09 Dec 2010 04:26 |
Last Modified: | 20 Feb 2017 08:43 |
Repository Staff Only: item control page