Mukhari, Abd. Wahid and Mohd. Noor, Nor Fahmilah (2010) Persepsi Tenaga Pengajar Giatmara Terhadap Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Serta Pelaksanaannya Di Pusat-Pusat Giatmara Di Johor Selatan. Persepsi Tenaga Pengajar Giatmara Terhadap Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Serta Pelaksanaannya Di Pusat-Pusat Giatmara Di Johor Selatan . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
119kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tenaga pengajar di GIATMARA terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Bahagian IV, VII dan VIII serta pelaksanaannya di sekitar Johor Selatan, Johor. Akta ini diwartakan pada 24 Februari 1994 yang bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel mahupun industri. Seramai 30 orang tenaga pengajar GIATMARA di sekitar Johor Selatan yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dan mengandungi 23 item yang diukur menggunakan Skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 13.0). Kajian rintis yang dijalankan memperoleh darjah kebolehpercayaan sebanyak α = 0.722. Analisis data dilakukan secara frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan hamper keseluruhan responden bersetuju dan melaksanakan Bahagian IV akta ini (91.16%), diikuti dengan Bahagian VII dalam akta ini (81.30%), seterusnya Bahagian VIII yang terkandung dalam akta (80.70%) dan akhir sekali terdapat kurang pengetahuan terhadap keseluruhan akta ini secara amnya (79.02%). Bagaimanapun, tenaga pengajar GIATMARA didapati memahami dan melaksanakan akta ini terhadap pelajar dan bengkel.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | persepsi tenaga pengajar giatmara, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekarjaan 1994 |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11285 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 08 Dec 2010 04:55 |
Last Modified: | 26 May 2017 05:50 |
Repository Staff Only: item control page