Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah

Hushin, Hassan and Abu Bakar, Zainudin and Shamsuddin, Normala (2008) Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah. NATICOME 2008 CONFERENCE PROCEEDINGS . (Unpublished)

[img] Microsoft Word
79kB

Abstract

Gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi merupakan asas kepada corak sesebuah organisasi ditadbir. Cirri-ciri yang terdapat pada seseorang pemimpin dalam hal ini akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru-guru di sekolah. Lokasi kajian ini adalah di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh guru besar wantia dalam zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti iaitu gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa. Instrument soal selidik telah dibina dan diubahsuai berasaskan Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dan the Workforce Commitment Index dan digunakan sebagai alat pengumpulan data. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai responden daripada empat buah sekolah yang ditadbir oleh guru besar wantia. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara min antara gaya kepimpinan berasaskan struktur tugas (min = 3.73) berbanding yang berasaskan timbang rasa (min = 3.49). Kajian korelasi juga menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya kepimpinan guru besar dengan komitmen guru (r =.229; p = 0.02). Beberapa cadangan dan penambahbaikan dibincangkan untuk kajian yang akan datang.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11270
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:26
Last Modified:11 Sep 2017 01:52

Repository Staff Only: item control page