Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Unit Teras Komponen Elektronik Tingkatan Dua

Yeo, Kee Jiar and Mohd Amin, Mohd Azizi (2010) Pembangunan Perisian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Unit Teras Komponen Elektronik Tingkatan Dua. Pembangunan Perisian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Unit Teras Komponen Elektronik Tingkatan Dua . pp. 1-8. (Unpublished)

[img] UNSPECIFIED
Restricted to UNSPECIFIED

176kB

Abstract

Penggunaan komputer dalam pendidikan ialah satu strategi yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat berteknologi tinggi sejajar dengan Wawasan 2020. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diterima baik pada masa sekarang, namum bilangan perisian kursus dalam Bahasa Melayu adalah kurang berbanding dengan Bahasa Inggeris. Maka satu usaha untuk membangunkan perisian kursusnya dalam Bahasa Melayu perlu dilakukan yang meliputi semua mata pelajaran. Bagi mencapai matlamat itu, golongan pendidik sendiri perlu terlibat dalam proses pembangunan perisian berdasarkan kreativiti dan penghayatan mereka. Berkat usaha, satu perisian pengajaran dan pembelajaran bertajuk “Komponen Elektronik: Nama, Simbol Dan Fungsi” telah dibangunkan. Perisian ini adalah untuk pelajar-pelajar tingkatan dua yang mengambil mata pelajaran “Kemahiran Hidup Bersepadu”. Perisian ini merangkumi objektif, tutorial, latihan dan kuiz serta klip video bagi tujuan mengukuhkan pemahaman pelajar tentang subjek yang dipelajari. Perisian Authorware 7.0 telah digunakan dalam pembangunan perisian ini dan disokong dengan penggunaan perisian lain seperti adobe photoshop, macromedia SWISHmax, Sony Sound Forge 8 dan Ulead VideoStudio 10.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: perisian Kemahiran Hidup Bersepadu, teras komponen elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11252
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 14:30
Last Modified:27 Sep 2017 07:02

Repository Staff Only: item control page