Ripin , Mohd Nasir and Abdul Fatakh, Ana Farina (2010) Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
194kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor pendorong pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun satu. Aspek-aspek yang dikaji meliputi faktor peribadi, faktor profesion perguruan dan faktor luaran. Seramai 104 orang responden dari kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 35 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah ?=0.899. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan kajian menunjukkan faktor pendorong pemilihan kerjaya perguruan yang paling tinggi ialah faktor peribadi iaitu dengan nilai min 4.00. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11184 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Dec 2010 05:42 |
Last Modified: | 02 Dec 2010 05:42 |
Repository Staff Only: item control page