Hushin , Hassan and Khalid, Mohd Suhaimi (2010) Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
39kB |
Abstract
Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan Dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi (2007). Modul ini dibina berdasarkan model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina mengikut piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar agar pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti serta dapat meningkatkan sahsiah diri.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | modul program pembangunan sahsiah pelajar |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11179 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 01 Dec 2010 06:45 |
Last Modified: | 01 Dec 2010 06:45 |
Repository Staff Only: item control page