Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw Sukma 2008 Negeri Johor Bagi Komponen Kekuatan, Kelembutan Dan Kelajuan Pemain

Mohd. Noor, Mohad Anizu and Abdul Rahman, Mohd. Marzuki (2010) Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw Sukma 2008 Negeri Johor Bagi Komponen Kekuatan, Kelembutan Dan Kelajuan Pemain. Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw Sukma 2008 Negeri Johor Bagi Komponen Kekuatan, Kelembutan Dan Kelajuan Pemain . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
256kB

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian sebelum dan ujian selepas untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal pemain sepak takraw SUKMA Negeri Johor 2008 bagi komponen kekuatan otot, kelembutan, dan kelajuan. Ianya bertujuan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian ini seramai 35 orang pemain sepak takraw lelaki SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur tiga komponen Kecergasan Fizikal iaitu merangkumi Ujian Push Up, Sit and Reach, dan 40 Meter Sprint. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian sebelum dan ujian selepas akan dianalisis dengan menggunakanprogram Statistical Packege for Social Science ( SPSS ) 11.5 dan Microsoft Excel 2003 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t Sampel Berpasangan juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi daripada ujian sebelum dan ujian selepas dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05. Hasil dapatan kajian didapati ujian Push Up p = 0.020, ujian Sit & Reach p = 0.001 dan ujian 40 meter sprint p = 0.012 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, Daripada dapatan kajian ini didapati hipotesis satu, dua, dan tiga diterima.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kecergasan Fizikal, pemain sepak takraw SUKMA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11168
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Nov 2010 14:26
Last Modified:27 Feb 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page