Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Abd. Rahman@Hassan, Rahmah (2010) Perkaitan Di Antara Kadar Denyutan Jantung Dan Tahap Dehidrasi Di Kalangan Atlet Larian Jarak Dekat. Perkaitan Di Antara Kadar Denyutan Jantung Dan Tahap Dehidrasi Di Kalangan Atlet Larian Jarak Dekat . pp. 1-5. (Unpublished)
|
PDF
40kB |
Abstract
Kajian-kajian lepas menunjukkan dehidrasi merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi seseorang atlet. Ia dikatakan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung atlet dan secara langsung member kesan kepada fungsi jantung untuk bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet bagi acara larian jarak dekat. Pengujian yang dilakukan mengambil kira tahap dehidrasi dan kadar denyutan jantung bagi melihat perkaitan di antara kedua-duanya. Seramai lima orang atlet lelaki dari Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2008 bagi acara larian jarak dekat telah dipilih sebagai subjek. Data yang diperoleh dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi 14.0. Bagi mencari perkaitan di antara kedua-dua item tersebut ujian korelasi Pearson telah digunakan. Berdasarkan keputusan ujian korelasi yang diperolehi menunjukkan nilai pekali korelasi di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi adalah positif sederhana (r = .580). Maka, hubungan di antara kedua-dua pembolehubah adalah tidak signifikan (r = .580, p = .305). Kesimpulannya kajian gagal menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat perkaitan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11053 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 24 Nov 2010 02:57 |
Last Modified: | 26 Feb 2017 07:01 |
Repository Staff Only: item control page