Mohd. Kosnin, Azlina and Abdul Ghani, Mohd. Rizal (2010) Persepsi Pelajar–Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Terengganu Dan Besut Terhadap Perlaksanaan Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) Landskap Dan Nurseri. Persepsi Pelajar–Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Terengganu Dan Besut Terhadap Perlaksanaan Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) Landskap Dan Nurseri . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
44kB |
Abstract
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Kajian berbentuk deskriptif ini sesuai digunakan dalam penyelidikan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku dalam populasi. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar – pelajar Tingkatan Empat sekolah harian biasa di Daerah Kuala Terengganu dan Besut yang mengikuti kursus Landskap dan Nurseri. Kajian ini dijalankan di SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, SMK Pelagat, Besut dan SMK Tok Dor, Besut. Populasi kajian adalah semua pelajar tingkatan empat yang mengikuti program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kursus Landskap dan Nurseri. Sampel kajian adalah seramai 59 orang pelajar yang mengikuti kursus ini di Daerah Kuala Terengganu Dan Besut. Data – data yang dikumpulkan adalah menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statiscal Package For Social Science ( SPSS ) serta dianalisis melalui peratusan kekerapan dan min. Hasil kajian yang dijalankan mendapati persepsi pelajar terhadap kemahiran guru berada pada tahap tinggi (min 4.17), bahan pengajaran dan kemudahan peralatan pada tahap sederhana (min 3.60), fizikal bengkel pada tahap sederhana (min 3.53) dan minat pelajar pada tahap tinggi ( 4.47).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11046 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 23 Nov 2010 03:06 |
Last Modified: | 27 Feb 2017 06:22 |
Repository Staff Only: item control page