Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Yang Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta

Mohd. Amin, Nor Fadila and Nik Ab. Aziz, Nik Mohd. Amir (2010) Faktor Yang Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. Faktor Yang Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
168kB

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian berbentuk deskriptif ini memberi penekanan kepada 3 faktor yang mempengaruhi kreativiti iaitu factor pelajar, guru dan persekitaran pembelajaran. Sampel kajian ialah seramai 48 orang pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta daripada 3 buah sekolah menengah di Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 30 item soalan menggunakan maklumbalas 5 poin skala Likert. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru merupakan faktor yang paling mempengaruhi kreativiti pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta diikuti dengan faktor pelajar dan persekitaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: kreativiti pelajar, mata pelajaran Reka Cipta
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11031
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Nov 2010 22:14
Last Modified:23 Feb 2017 15:42

Repository Staff Only: item control page