Mukhari, Abdul Wahid and Awang Kechik, Muis (2010) Tanggungjawab Keselamatan Oleh Majikan Industri Kecil Desa Di Tiga Buah Kampung Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang. Tanggungjawab Keselamatan Oleh Majikan Industri Kecil Desa Di Tiga Buah Kampung Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
89kB |
Abstract
Kemajuan di dalam sektor perindustrian mewujudkan pelbagai persaingan kepada semua pihak majikan. Walaubagaimanapun, persaingan dari segi penjagaan keselamatan pekerja adalah amat penting bagi menjamin reputasi sesebuah syarikat. Untuk itu, satu kajian yang menyentuh berkenaan dengan tanggungjawab majikan terhadap keselamatan pekerja telah dijalankan. Matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana pihak majikan telah melaksanakan kewajipannya terhadap keselamatan pekerja bagi menjamin keselamatan pekerja berada di tahap yang diperlukan. Kajian ini telah dijalankan ke atas pihak-pihak majikan industri kecil desa di tiga buah kampung Mukim Ulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang. Data dan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 12.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan walaupun pihak majikan telah menjalankan tanggungjawabnya terhadap keselamatan pekerja, namun masih lagi terdapat beberapa kekurangan seperti penyediaan peralatan keselamatan kepada pekerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | keselamatan, sektor perindustrian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11002 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Nov 2010 14:30 |
Last Modified: | 25 May 2017 01:35 |
Repository Staff Only: item control page